Kehidupan saya seperti weekend housewife yang lain,bila weekdays makan dengan kenkwn (time tghari),time ptg makan ngn kwn2 gak.. Bila malam layan tv sensorang.. Bila nak ujung minggu barula berkesempatan untuk bermanja-manja dengan hubby terchenta..Hehehe.. Kami masih dalam proses menyesuaikan diri, mengenali antara satu sama lain dengan lebey rapat, al maklum sajala,inai masih merah di jari..
Tapi bukan itu yang saya mau criter, ianya bermula apabila sepatutnya saya didatangi F--- M--- seperti biasa, namun kali ini ia agak lambat dtg menjengah.. Saya agak gusar, kerana besenya klu lmbt pon sehari dua je, ini dah nak masuk hari keempat. Padahal saya dah merasakan simptom- simptom utk didatangi sahabat baik ini, such as b----- pon dh bengkak2, pinggang pon dh lenguh2, cumenyer kali ini ada simptom baru yg x pernah saya alami, p-- macam ada bau sket.. During lunch break, saya sharekan kebimbangan saya dgn teman2, M--- menyatakan dun worry, maybe sari-dua datangla tu.. I--- pula menyatakan simptom2 yg saya alami tu pernah dialaminya ketika peknen.. Haa, berdebar sekejap, terdetik di hati saya, biau btol.. Takkanlaa.. Coz saya kan baru je kahwin, baru je nak adapt diri dalam dunia rumahtangga, baru je nak mengasah bakat menjadi seorang isteri mithali..
Untuk menghilangkan rasa gundah gulana di hati, kami telah pergi ke Guardian utk membeli pregnancy test. So many choices, and oleh kerana ni 1st time, kami mmg jakun, tak tau nak beli yg mane, main amik je.. Masa wat test tu, kami berdebar gak.. My instinct said i'm pregnant, while my hubby is on the other side.. Sekali tgk, ada satu jalur merah menjadi terang, satu jalur lagi cam ada cam xde. We're confused, ape maknanyer nih?? Baca arahan dia berkali-kali, tapi x paham2 gak.. Klu ikutkan positive, tp nape line satu lagi tu x clear?? Siap kol M--- lg, tny her xperience ms wat test dulu.. Oleh kerana soknyer ada Hari Keluarga Fakulti, so we decided to go to clinic after that event.
Masa Hari Keluarga tu, saya join almost all the games, yerlaa dh namanya hari bersuka ria kan, nak-nak dapat hadiah, mestila nak main kan.. (sbnornyer sy mmg suke games!) Hubby ingatkan gak, jgn lari ganaz2, hati2 spy x rebah.. Saya hanya mampu senyum sumbing.. Hihi.. Pas berakhirnya event tu, we off to clinic sbb tak puas hati ngn result test smlm. Kata orang, nk confirmation from expertise.. Tup tup bile tau result, doc said CONGRATULATIONS! Saya dan hubby saling berpandangan. Speechless! It's POSITIVE. I'm pregnant. Kami terkujat (sbnornya mmg dah suspek,tp x sangka!) Oleh kerana kandungan saya masih baru (br lambat dalam 4-5 hari) doc suh datang 1 month after utk cek kandungan.
Memang tak dijangka btol lah. Sebabnye, kami memang merancang untuk dapatkan baby, but after 1 year of marriage. Tapi dah rezeki Allah nk bagikan, hanya Dia yang Maha Mengetahui, setiap yang diberiNya ada hikmahnya, maka kami terima dengan hati yang penuh syukur. Nak-nak lagi, ini merupakan hadiah yang paling teristimewa dalam sejarah ulangtahun kelahiran saya (yeah.. saya baru menyambut burpday 24hb yg lepas!) Maka, this baby is very special to us.. especially to me!! Semoga dengan kehadiran orang keTIGA yang kami tak jangkakan (tapi dialu-alukan..) ini, akan menyerikan lagi rumahtangga kami dan menyemarakkan hubungan kasih sayang antara kami berdua (opss.. soon bertiga)..
No comments:
Post a Comment